PENGALAMAN KETIKA BANJIR
Hujan turun dengan lebat tanpa berhenti selama beberapa hari. Air sungai mulai melimpah. Dalam beberapa jam air telah naik hingga ke paras lutut.
Kami sekeluarga segera menyelamatkan dokumen-dokumen penting dan barang-barang berharga. Aku turut membantu ibu memasukkan barang-barang ke dalam kotak. Barang-barang tersebut disimpan di tempat yang lebih tinggi dan selamat.
Tidak lama kemudian, penduduk kampung telah diarahkan supaya berpindah ke tempat penginapan sementara kerana air telah naik ke paras yang berbahaya. Penduduk kampung ditempatkan di balai raya. Kami sekeluarga turut berpindah ke sana.
Penduduk kampung dipindahkan dengan menaiki bot penyelamat. Aku turut membantu mengangkat barang-barang ke dalam bot. Sebanyak 30 buah keluarga ditempatkan di balai raya itu.
Di balai raya itu,aku turut membantu mengagih-agihkan makanan,pakaian,selimut kepada mangsa-mangsa banjir. Kami bergotong-royong menyediakan makanan dan menikmatinya bersama-sama.
Selepas tiga hari, banjir mulai surut. Penduduk kampung dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kami membersihkan rumah dipenuhi selut dan lumpur sebagai akibat banjir itu.
No comments:
Post a Comment